SEWA RUMAH
- Jika anda berminat untuk menyewa mana-mana unit yang diiklankan oleh pihak kami, anda boleh membayar "booking" terlebih dahulu sebagai tanda setuju untuk menyewa unit tersebut *bayaran booking adalah sebahagian daripada bayaran deposit.Minimum bayaran booking adalah RM 500.
- Pihak kami akan mengeluarkan resit bagi bayaran yang diterima.
- Pihak kami akan menyediakan Perjanjian Sewa dan akan ditandatangi oleh anda dan tuan rumah sebagai tanda setuju dengan syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
- Peyerahan kunci akan dibuat setelah Perjanjian Sewa ditandatangi.
PEMBELIAN RUMAH
- Anda hanya perlu membayar 2% daripada harga rumah atau RM500 (minimum) sebagai bayaran "booking" untuk permulaan*pembayaran booking adalah sebahagian daripada HARGA rumah. Resit "booking fee" akan diberikan kepada anda sebagai bukti bayaran telah diterima oleh pihak kami. Sebaik sahaja anda membayar "booking fee", secara automatik rumah tersebut akan di "lock" daripada semua pembeli yang lain. Ini bagi menjaga hak anda sebagai pembeli yang terlebih dahulu membuat pembayaran.
- Selepas pembayaran diterima, anda harus menyerahkan beberapa dokumen kepada pihak kami untuk tujuan proses pinjaman perumahan. Antara dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :
- Salinan kad pengenalan
- Salinan slip gaji bagi 3 bulan / borang EA/J bagi yang memiliki perniagaan sendiri
- Salinan penyata bank 3 bulan
- Salinan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP)/EPF
- Salinan surat pengesahan jawatan daripada majikan
- Dokumen tersebut akan diserahkan kepada pihak bank untuk pinjaman perumahan.
- Sekiranya pinjaman anda gagal, "booking fee" akan diserahkan semula kepada anda. Namun jika pinjaman perumahan anda berjaya, maka pihak kami akan menyediakan Sale and Purchase Agreement (SNP)/Perjanjian Jual Beli.
- Setelah Perjanjian Jual Beli siap, anda harus membayar 8% deposit iaitu 8% daripada harga rumah (setelah ditolak "booking fee"). Selepas pembayaran dibuat kepada peguam, kedua-dua pihak (pemilik rumah yang asal dan anda) harus menandatangani perjanjian tersebut*sila rujuk nota di bawah
PERHATIAN
- PROSEDUR YANG DITERANGKAN DI ATAS ADALAH PROSEDUR BIASA
- PINJAMAN PENUH PERUMAHAN JUGA BOLEH DIURUSKAN*bergantung kepada terma dan syarat
- PENGELUARAN UNTUK KUMPULAN WANG SIMPANAN WANG PEKERJA (KWSP/EPF) BOLEH DIURUSKAN*bergantung kepada terma dan syarat